Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BIDEN JANGKA IRAN TIDAK AKAN BERLENGAH UNTUK SERANG ISRAEL 

DUNIA

BIDEN JANGKA IRAN TIDAK AKAN BERLENGAH UNTUK SERANG ISRAEL 

Ancaman Iran terhadap Israel meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan Kedutaan Iran di Syria pada 1 April yang membunuh beberapa jeneral tentera.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat beliau menjangkakan Iran tidak akan berlengah untuk melakukan serangan ke atas Israel.

Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). 

“Kami komited untuk mempertahankan Israel. Kami akan menyokong Israel. Kami akan membantu mempertahankan Israel dan Iran tidak akan berjaya,”katanya.

Apabila ditanya wartawan apakah mesej beliau kepada Tehran, Biden menjawab:”Jangan”.  

Memandangkan kemungkinan serangan tindak balas ke atas Israel, AS sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan menambah kehadiran tenteranya di Asia Barat.  

Ancaman Iran terhadap Israel meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan Kedutaan Iran di Syria pada 1 April yang membunuh beberapa jeneral tentera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading