BILIK ASRAMA LELAKI MADRASAH TABLIGH TERBAKAR

ALOR SETAR: Tindakan pantas pelajar Madrasah Tabligh, Jalan Bukit Pinang, di sini, memadam kebakaran berjaya menyelamatkan api di dalam bilik asrama lelaki daripada merebak ke keseluruhan bangunan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Hamizi Wan Mohd Zin, berkata penghuni asrama tersebut terselamat dalam kebakaran itu.

Katanya, tiga pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Pokok Sena dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.03 petang, semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan tingkat bawah madrasah itu.

“Tindakan awal dilakukan penghuni madrasah itu dengan memadamkam kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.

Katanya, tindakan anggota BBP Jitra adalah dengan mengawal dan memadam kebakaran sehingga selesai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.–AlHijrah Online

Leave a Reply