Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KEPERLUAN SEMAK SUHU BADAN, BUKU REKOD ‘CHECK IN’ DI PREMIS BERMULA 11 FEBRUARI

DALAM NEGARA

TIADA KEPERLUAN SEMAK SUHU BADAN, BUKU REKOD ‘CHECK IN’ DI PREMIS BERMULA 11 FEBRUARI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar masuk atau ‘check in’, bermula 11 Februari 2022.

Pengerusinya yang juga Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod daftar masuk di pintu-pintu premis masing-masing.

“Namun ‘check in’ menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

“Sekiranya pemilik-pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod check in ini, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya dalam sidang media, hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading