IDRIS AHMAD DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah kebesaran tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, pagi tadi.

Al-Sultan Abdullah hari ini telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 263 penerima sempena Sambutan Hari Wilayah 2022.

Dalam majlis yang sama, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad telah dianugerahkan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Pangkat Pertama itu pada istiadat pengurniaan tersebut.–AlHijrah Online

Leave a Reply