Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUDAK LELAKI 7 TAHUN MAUT TERTUSUK KACA DI DADA

DALAM NEGARA

BUDAK LELAKI 7 TAHUN MAUT TERTUSUK KACA DI DADA

Semasa kejadian berlaku, ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah, mereka mendakwa kanak-kanak itu melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca yang berada di hadapan sofa.

Gambar hiasan

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain sendirian pada kira-kira 4 petang.

“Semasa kejadian berlaku, ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah, mereka mendakwa kanak-kanak itu melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca yang berada di hadapan sofa.

“Kejadian tersebut mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading