Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU KANDUNG DIREMAN SEMINGGU BANTU SIASATAN DERA ANAK 

DALAM NEGARA

IBU KANDUNG DIREMAN SEMINGGU BANTU SIASATAN DERA ANAK 

Difahamkan bapa mangsa telah menerima satu video daripada teman lelaki bekas isterinya yang memaparkan mangsa dipukul termasuk dilempar meja oleh ibu kandungnya.

Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang kanak-kanak didera oleh seorang wanita.

KOTA BHARU: Seorang wanita ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai mendera anak lelakinya berusia lapan tahun, Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata wanita berusia 36 tahun itu ditahan di rumahnya di Kok Lanas, di sini, semalam, susulan laporan polis oleh bekas suaminya pada 10 Mac lalu.

Beliau berkata, pada Mac lalu, pengadu yang juga bapa kepada kanak-kanak itu telah dihubungi teman lelaki bekas isterinya, memaklumkan bahawa anak lelaki pengadu (mangsa) telah dipukul oleh ibunya.

Difahamkan bapa mangsa telah menerima satu video daripada teman lelaki bekas isterinya yang memaparkan mangsa dipukul termasuk dilempar meja oleh ibu kandungnya.

“Laporan polis dibuat pengadu pada 10 Mac lalu sebaik melihat video berkenaan, namun dalam tempoh yang sama cuba menyelesaikan perkara itu dengan suspek,”

“Sebelum ini pengadu bersama bekas isterinya dan dua anak mereka tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, namun selepas bercerai pada 2020, suspek dan mangsa tinggal di Kota Bharu, manakala seorang anak perempuan mereka tinggal bersama pengadu.” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar dan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan lanjut.

Mohd Rosdi berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading