Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUKU TOMMY THOMAS MUNGKIN DIHARAMKAN

DALAM NEGARA

BUKU TOMMY THOMAS MUNGKIN DIHARAMKAN

KUALA LUMPUR: Buku ‘My Story: Justice in The Wilderness’ tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mungkin akan diharamkan.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan buku tersebut kini dilapor sedang diteliti oleh Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Mereka sedang siapkan laporan untuk diserahkan kepada menteri. Pihak menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan buku itu diharamkan,” katanya ringkas.

Semalam, media melaporkan bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tommy atas dakwaan melakukan tiga kesalahan bawah Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini turut memaklumkan dua kertas siasatan telah dibuka berhubung buku tulisan Tommy dan setakat ini tujuh laporan polis diterima di seluruh negara.

Buku tulisan Tommy itu menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar Peguam Negara namun terdapat kandungan yang didakwa berbaur fitnah terhadap beberapa pihak. – AlHijrah Online  


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading