Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA BUKTI COVID-19 BERASAL DARI WUHAN – WHO

DALAM NEGARA

TIADA BUKTI COVID-19 BERASAL DARI WUHAN – WHO

SUMBER: BERNAMA

BEIJING: Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meragui dakwaan Institut Virologi Wuhan (WIV) sebagai tempat asal usul virus COVID-19.

Lapor Bernama, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Kumpulan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal-usul pandemik COVID-19 dan telah melawat WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada 3 Febuari (Rabu).

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov mendapati makmal berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut.

Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah mengumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Mengulas mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesahkan tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin memaklumkan Beijing akan meneruskan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab. – AlHijrah Online

ARTIKEL ASAL: https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=1928789


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading