BUNUH GUNA DUMBEL: KELUARGA MASIH TERKEJUT, SERAH SIASATAN PADA POLIS
Pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.
Antara ahli keluarga dan rakan mangsa kes bunuh pensyarah kolej yang hadir untuk menuntut jenazah di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam hari ini. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Keluarga seorang pensyarah wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Bukit Rimau, di sini masih dalam keadaan terkejut dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.
Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata dia menerima khabar duka berhubung kejadian itu ketika sedang bekerja sekitar 8 pagi semalam.
“Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta hadir ke Hospital Shah Alam (HSA)
“Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSA hari ini.
Lelaki itu berkata mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
Menurutnya jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halaman ibunya iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, Pelabuhan Klang petang ini.
Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya dengan menggunakan dumbel, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.
Beliau berkata bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.
Mohd Iqbal berkata bertindak atas maklumat tersebut, pada 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.