KPN JAMIN KES LANGGAR LIBATKAN PEGAWAI KANAN DILAKUKAN SECARA TELUS, ADIL
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis, di Meru, Ipoh semalam dijalankan secara telus dan adil.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis, di Meru, Ipoh semalam dijalankan secara telus dan adil.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan berkenaan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.
“Saya beri jaminan siasatan kes ini dijalankan secara telus dan adil walaupun kes ini membabitkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut beliau, pegawai polis berkenaan kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.
Razarudin berkata setakat ini pihak polis telah merakam kenyataan tujuh orang saksi membabitkan pelajar sekolah terbabit yang melihat dan berada di tempat kejadian.
Pada masa sama, beliau meminta orang awam yang melihat kejadian terbabit dan mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.
Semalam, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.
Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan abdomen ekoran kemalangan itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membuat bunyi bising ekzos ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked