BUNUH PELAJAR: SAKSI TAK SEMPAT SIASAT ELEMEN PANDU MELULU, KES DISIASAT BAWAH KESALAHAN JENAYAH
Seorang Pegawai Penyiasat Polis Trafik memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak hari ini bahawa beliau tidak sempat menyiasat elemen memandu secara melulu atau berbahaya dalam kejadian perlanggaran membabitkan seorang pelajar sekolah tingkatan lima pada 15 Dis lepas.
IPOH: Seorang Pegawai Penyiasat Polis Trafik memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak hari ini bahawa beliau tidak sempat menyiasat elemen memandu secara melulu atau berbahaya dalam kejadian perlanggaran membabitkan seorang pelajar sekolah tingkatan lima pada 15 Dis lepas.
Saksi pendakwaan ke-29 Inspektor Jong Pit Chao, 37, berkata ini kerana semasa sedang menyiasat kes itu, beliau telah diarahkan untuk menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada pegawai penyiasat baharu iaitu ASP Chua Sze Chuan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
“Siasatan saya terhadap kejadian tersebut seperti sedia maklum hanya 23 jam pada hari pertama. (Oleh itu) peranan saya sampai di lokasi kejadian…daripada apa yang saya nampak di lokasi kejadian, saya pergi kepada keterangan-keterangan lisan saksi awam yang berada di tempat kejadian,” katanya yang ketika itu bertugas sebagai pegawai penyiasat trafik IPD Ipoh.
Jong berkata beliau tidak sempat untuk membuat siasatan lanjut ke atas elemen sama ada memandu melulu atau merbahaya dalam perlanggaran tersebut untuk dimasukkan dalam siasatannya, kerana siasatan ditukar kepada pegawai penyiasat bahagian jenayah.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, di sini hari ini.
Mohd Nazri Abdul Razak, 45, seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Dis 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
Kepada soalan Afzainizam berhubung tindakannya memadam rakaman video kamera papan pemuka yang diterima daripada seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp, Jong menegaskan tiada keperluan untuk beliau menyimpan rakaman berkenaan.
“Saya telah majukan mesej itu kepada ASP Chua dan saya maklumkan kepada beliau ini adalah rakaman yang saya terima daripada saksi. Saya jugak maklumkan kepada beliau untuk menghubungi saksi,” katanya.
Perbicaraan bersambung 6 Jan 2025. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests