Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SKALA PENDERITAAN DI GAZA GUGAT KEPERCAYAAN TERHADAP HAK ASASI MANUSIA – UNRWA

DUNIA

SKALA PENDERITAAN DI GAZA GUGAT KEPERCAYAAN TERHADAP HAK ASASI MANUSIA – UNRWA

Menurut UNRWA, hak asasi manusia sejagat adalah jaminan terbaik untuk dunia di mana semua individu boleh hidup dengan maruah, keselamatan, kesaksamaan dan kebebasan.

Sumber Gambar: AFP

NEW YORK: Skala penderitaan yang disaksikan di Gaza sejak setahun lalu telah menggugat kepercayaan orang ramai terhadap hak asasi manusia, kata Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Hak yang dinafikan kepada penduduk Gaza adalah hak yang sama untuk melindungi kita semua. Kita semua mempunyai kepentingan di Gaza,” menurut UNRWA dalam satu kenyataan sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut setiap tahun pada 10 Disember.

Menurut UNRWA, hak asasi manusia sejagat adalah jaminan terbaik untuk dunia di mana semua individu boleh hidup dengan maruah, keselamatan, kesaksamaan dan kebebasan.

“Kita semua mempunyai kepentingan dalam melindungi dan memajukan hak asasi manusia. Kita semua mempunyai kepentingan dalam membina masa depan di mana penghormatan terhadap hak asasi manusia, maruah dan akauntabiliti tidak ditangguhkan tetapi dilaksanakan,” menurut agensi bantuan PBB itu.

UNRWA dalam hantaran terdahulu di platform X menyatakan bahawa hak untuk keselamatan, maruah, kebebasan daripada keganasan dan pemindahan secara paksa, serta akses kepada makanan, air, sanitasi, pakaian, dan tempat tinggal yang mencukupi bukanlah keistimewaan tetapi hak yang dinafikan kepada rakyat Palestin di Gaza.

UNRWA turut mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading