Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JABATAN PEGUAM NEGARA KESAL PENYEBARAN MAKLUMAT, AKAUN PALSU DI FACEBOOK

DALAM NEGARA

JABATAN PEGUAM NEGARA KESAL PENYEBARAN MAKLUMAT, AKAUN PALSU DI FACEBOOK

Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu AGC di platform Facebook.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu AGC di platform Facebook.

Jabatan itu menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama ‘Putrajaya AGC’ tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut, sentiasa berhati-hati, dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang dibuat oleh akaun palsu berkenaan,” menurut hantaran tersebut.

AGC turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun palsu itu yang menggunakan gambar profil jata negara dan tawaran perkhidmatan palsu di Facebook berkenaan.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi Jabatan Peguam Negara di pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100064838618925. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading