BURUH DIDAKWA INTAI USAHAWAN WANITA DI DALAM BILIK MANDI RUMAH INAP
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan mengintai seorang usahawan wanita di dalam bilik mandi dan menceroboh sebuah premis tempat tinggal, minggu lepas.
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengintai seorang usahawan wanita di dalam bilik mandi dan menceroboh sebuah premis tempat tinggal, minggu lepas.
Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noor Mazrini Mahmood.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa telah dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah inap desa di Manir, dekat sini pada 12.30 tengah malam, 26 Ogos.
Kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah melakukan pencerobohan jenayah dengan berada di dalam kawasan premis yang digunakan sebagai tempat tinggal pada hari, masa dan lokasi yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli manakala tertuduh diwakili peguam Azlina Jaafar daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor dalam kenyataan berkata mangsa dan suaminya yang berasal dari Ampang, Selangor telah menyewa inap desa terbabit selama empat hari bermula dari 25 Ogos untuk bercuti dan menjalankan penggambaran iklan baju Melayu.
Katanya, ketika sedang mandi, mangsa melihat kelibat seorang lelaki pada cermin tingkap sambil memegang telefon bimbit.
Sementara itu, di kamar Mahkamah Majistret berasingan, Ahmad Farhan Rizal dikenakan hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya, sembilan tahun lepas.
Berdasarkan pertuduhan, dia didapati memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, kira-kira 12.15 tengah malam pada 11 April 2016.
Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh tangkap, iaitu 27 Ogos dan lelaki itu dikenakan pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa daripada Polis Diraja Malaysia dan tertuduh diwakili peguam Nur Jawahir Mohd Zulmajdi daripada YBGK.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.