JSJN RAMPAS SYABU RM6.5 JUTA, TUMPAS SINDIKET DI PASIR MAS
Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dadah selepas merampas syabu seberat 204 kilogram bernilai RM6.5 juta dalam serbuan di sebuah premis di Pasir Mas pada 25 Ogos lepas.
KOTA BHARU: Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dadah selepas merampas syabu seberat 204 kilogram bernilai RM6.5 juta dalam serbuan di sebuah premis di Pasir Mas pada 25 Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam operasi yang dijalankan antara 7 hingga 10 malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 20-an ditahan di kawasan semak berhampiran premis berkenaan.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemukan lima guni mengandungi 125 bungkusan plastik berlabel Jin Xuan Tea serta dua guni lagi berisi 71 bungkusan plastik berlabel Number One, kesemuanya berisi syabu yang disorok di kawasan semak.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu berperanan sebagai transporter sindiket, iaitu mengangkut bekalan dadah dari Kampung Terusan menggunakan bot sebelum dipunggah dan disembunyikan di kawasan semak untuk diambil ahli lain bagi tujuan edaran.
“Modus operandi sindiket ialah menggunakan pangkalan haram yang tidak dimiliki sesiapa, selain menjadikan Pasir Mas sebagai transit sebelum bekalan itu disalurkan ke pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.
Hussein berkata suspek yang bekerja sebagai peniaga runcit turut didapati positif methamphetamine serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan satu kes jenayah.
“Suspek kini direman 14 hari bermula 26 Ogos hingga 8 Sept ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menyita dua kenderaan iaitu Proton Persona dan van Ford Econovan, wang tunai RM15,700 serta wang dalam akaun berjumlah RM708,” katanya.
Menurut beliau, kedai runcit milik suspek juga disita kerana dipercayai digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa manakala beberapa lagi ahli sindiket masih diburu.
“Hasil risikan kes ini adalah selama sebulan dan Kelantan terus digunakan sebagai transit utama sindiket penyeludupan dadah melalui sempadan negara.
“JSJN komited memerangi dadah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012-2087222. Kami amat menghargai kerjasama orang awam dalam membantu operasi ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager