Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QARIAH FARHATUL FAIRUZAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK LELAKI

DALAM NEGARA

QARIAH FARHATUL FAIRUZAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK LELAKI

Qariah Negara, Nor Farhatul Fairuzah Panut selamat melahirkan anak sulungnya semalam. Berita gembira itu dikongsi Nor Farhatul menerusi laman media sosialnya.

Sumber: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Qariah Negara, Nor Farhatul Fairuzah Panut selamat melahirkan anak sulungnya semalam.

Berita gembira itu dikongsi Nor Farhatul menerusi laman media sosialnya.

“Alhamdulillah . Dengan rasa syukur , Farha telah melahirkan anak pertama lelaki pada 9 Rabiul Awwal 1447H bersamaan 2 Sept 25 ,Hari Selasa. Bertambah seorang umat Rasulullah S.A.W pada bulan yang mulia Rabiul Awwal.

“Doakan ya semua anak ini menjadi anak yang soleh , taat pada perintah Allah dan Rasul . Membawa umat cinta pada Allah dan Rasul Nya . Doakan jua buat Farha dan suami dapat menjaga amanah ini sebaiknya . Aminn mudah mudahan,” tulisnya.

Pada Disember tahun lalu, Farhatul bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.

Farhatul sebelum ini pernah bergelar juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading