Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CHINA, MALAYSIA KOMITED PERKASA KERJASAMA DALAM PELBAGAI BIDANG

DUNIA

CHINA, MALAYSIA KOMITED PERKASA KERJASAMA DALAM PELBAGAI BIDANG

China-Malaysia perlu memperdalam kerjasama strategik secara menyeluruh, saling menyokong kepentingan teras masing-masing dan bersama-sama membina pusat pembangunan berkualiti tinggi serantau.

Sumber: BERNAMA

BEIJING: China-Malaysia perlu memperdalam kerjasama strategik secara menyeluruh, saling menyokong kepentingan teras masing-masing dan bersama-sama membina pusat pembangunan berkualiti tinggi serantau.

Perkara itu dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada malam Selasa.

Lawatan Anwar ke China bersempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dan upacara Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi turut mencadangkan kedua-dua negara agar memfokuskan kerjasama kepada industri baharu seperti kecerdasan buatan, tenaga baharu dan semikonduktor, serta memastikan kemajuan projek penting seperti “Dua Negara Dua Taman” dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan Dialog Peradaban Konfusianisme dan Islam bagi mempererat ikatan kemanusiaan, memperhebat solidariti dan kolaborasi  pelbagai hala, mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib antara China dan ASEAN, mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa, serta menjaga kepentingan bersama Selatan Global. 

Sementara itu, Anwar menyifatkan Inisiatif Tadbir Urus Global yang baru sahaja dikemukakan Presiden Xi mengandungi konsep yang maju serta penyelesaian masalah yang praktikal, serta amat penting untuk meningkatkan tahap tadbir urus global.

Beliau berkata, pihaknya menghargai perkongsian strategik yang istimewa antara Malaysia dan China, serta bersedia untuk memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading