Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INKUES ZARA QAIRINA: PAKAR PATOLOGI JADI SAKSI PERTAMA

DALAM NEGARA

INKUES ZARA QAIRINA: PAKAR PATOLOGI JADI SAKSI PERTAMA

Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues yang bermula 2 petang hari ini.

Sumber: BERNAMA

KOTA KINABALU: Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues yang bermula 2 petang hari ini.

Dr Jessie Hiu, seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth pada 10 Ogos lepas, akan memberi keterangan di hadapan Koroner merangkap Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Pada sesi pagi hari ini, Koroner Amir Shah turut menetapkan lawatan ke lokasi kejadian pada 11 Sept depan, pukul 9.30 pagi.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.

Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading