Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CAMPAK BUKU: GAGAL MEMAHAMI ADAB LAHIRKAN GENERASI TIDAK HORMAT ILMU – PEJABAT MUFTI

DALAM NEGARA

CAMPAK BUKU: GAGAL MEMAHAMI ADAB LAHIRKAN GENERASI TIDAK HORMAT ILMU – PEJABAT MUFTI

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular video pelajar mencampak buku ke dalam sungai dipercayai bagi ‘meraikan’ tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video yang dikecam netizen itu turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Kegagalan memahami adab akan melahirkan generasi yang tidak menghormati ilmu.

“Buku dan kertas catitan adalah kemuliaan penuntut ilmu,” kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman Twitter rasminya merujuk kepada video pelajar mencampak buku tersebut.

Sementara itu berdasarkan ruang balas video tersebut, rata-rata netizen tidak senang dengan tindakan pelajar terbabit.

“Tuntut ilmu bukan sampai habis sekolah sahaja, tapi sampai bila-bila,” tulis seorang pengguna Twitter, Prince Qeer.

Lia seorang lagi pengguna Twitter berkata, tindakan pelajar itu amat menyedihkan.

“Sedih betul tengok video ini. Dulu masa belajar semmua buku simpan sebab hendak serah kepada adik-adik. Tidak cukup duit hendak beli baru setiap kali naik darjah atau tingkatan,” katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok sebelum tersebar di laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: yucca Rostrata

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading