RENTAS NEGERI TANPA SURAT, LIMA PEMAIN BOLA SEPAK DIKOMPAUN

PUTRAJAYA: Polis mengenakan kompaun terhadap lima individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah padang bola sepak sintetik di Presint 8, di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kesemua individu didapati tidak memiliki surat kebenaran merentas daerah atau negeri untuk berada di Putrajaya.

Tambahnya, pemeriksaan dilakukan Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP IPD Putrajaya yang membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan antara jam 10 malam hingga 11.45 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima individu berusia antara 23 hingga 28 tahun didapati tiada surat kebenaran merentas negeri dengan bermain bola sepak di sini.

“Kesemua mereka merupakan kakitangan syarikat swasta yang menggunakan pas bekerja untuk masuk ke Putrajaya,” katanya

Mengulas lanjut, kesemua lelaki yang dikenakan kompaun tersebut berasal dari Selangor.—AlHijrah Online

Leave a Reply