MUHYIDDIN DAN ISTERI SELAMAT TIBA DI ARAB SAUDI, TUNAI UMRAH

Sumber Gambar: Pejabat Perdana Menteri

RIYADH: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan bagi lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Muhyiddin turut bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akan menunaikan ibadah umrah dan menziarahi Madinah terlebih dahulu sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

Menurut laporan media, lawatan beliau ke Arab Saudi selama enam hari bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Ketibaan Muhyiddin dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah; Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah; serta Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin Abdulaziz Al Saud.

Muhyiddin menjadi ketua kerajaan pertama yang diundang oleh Raja Salman untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan dari Persidangan Al-Ula pada 5 Januari 2021 yang lalu.–AlHijrah Online

Leave a Reply