Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM, ISTERI DIBERI PENGHORMATAN MASUK KE DALAM KAABAH

DALAM NEGARA

PM, ISTERI DIBERI PENGHORMATAN MASUK KE DALAM KAABAH

Sumber Gambar: Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke dalam Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.

Muhyiddin menjadi ketua kerajaan pertama dibawa masuk ke dalam Kaabah selepas lebih setahun ia ditutup akibat pandemik COVID-19.

Beliau dan isteri dibawa masuk ke dalam Kaabah selepas selesai solat Isya dan mengerjakan ibadah umrah.

Sumber Gambar: Pejabat Perdana Menteri

Perdana Menteri hari ini dijangka membuat ziarah ke Madinah sebelum memulakan program rasminya bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala dan sebagainya, termasuk isu kuota haji dan umrah.

Terdahulu, Muhyiddin selamat tiba di lapangan terbang Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan.

Lawatan Muhyiddin ke Arab Saudi selama enam hari itu diundang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Selesai lawatan kerja ke Arab Saudi, Muhyiddin dijadual melakukan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 9 hingga 11 Mac.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading