KAHERAH: Terkesan dengan situasi perang dan konflik di Gaza dan Tebing Barat, influencer terkenal Caprice menyertai misi kemanusiaan Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) bagi menyatakan solidariti kepada warga Palestin.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tiba di Mesir semalam untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM).
Turut menyertai misi kemanusiaan itu adalah dua wakil MERCY Malaysia, termasuk exconya, Norazam Ab Samah.
Sebaik tiba di Kaherah semalam, Caprice terus menyertai sukarelawan misi HM4P menyampaikan bantuan kemanusiaan, termasuk pengagihan 10 kerusi roda yang disampaikan Abdul Azeez kepada wakil Hospital Palestin di Kaherah yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
Mereka turut melawat beberapa pesakit warga Palestin yang menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan, termasuk seorang gadis bernama Mariam berasal dari Gaza yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Hospital Palestin di Kaherah menerima purata bulanan 10 pesakit warga Palestin dari Gaza yang mendapatkan rawatan lanjut ekoran kekangan perkhidmatan kesihatan di wilayah konflik terkepung itu.
Misi HM4P anjuran BKUM selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel bulan lalu.
Sebelum menyertai anggota misi HM4P di Mesir kelmarin, Abdul Azeez telah mengetuai misi ke Jordan dan menyampaikan sumbangan USD200,000 kepada Tabung Masjid Al-Aqsa yang dikendalikan Kementerian Awqaf Jordan selain menyampaikan sumbangan 1,000 pek makanan kepada pelarian Palestin di empat kem pelarian di negara itu.
Sumbangan kewangan itu telah digunakan untuk menyelenggara dan membaikpulih kerosakan di Masjid Al-Aqsa, termasuk membaiki tingkap, pintu dan sistem siaraya di masjid suci umat Islam itu yang dicemari insiden pencerobohan pihak berkuasa rejim zionis bulan lalu.
Media sebelum ini melaporkan Mesir akan memudahkan laluan ke Gaza kepada badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia melalui sempadan Rafah hasil perbincangan di antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Mesir Al-Sisi selain usaha digerakkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakat sejawatnya di Mesir.
Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda ratusan juta dolar selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager