Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VAKSIN COVID-19: TIADA KESAN SAMPINGAN JIKA MAKAN DURIAN

DALAM NEGARA

VAKSIN COVID-19: TIADA KESAN SAMPINGAN JIKA MAKAN DURIAN

TAPAH: Individu yang makan buah durian sebelum atau selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak memberi kesan sampingan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dakwaan kesan sampingan akibat makan raja buah itu selepas vaksin yang tular di media sosial adalah tidak benar.

“Tidak termaktub dalam buku perubatan tidak boleh makan durian selepas cucuk vaksin. Ini tidak betul, yang betulnya kita tidak boleh makan makanan terlalu manis, itu boleh memudaratkan kesihatan.

“Jadi dakwaan tersebut tidak benar dan sudah disahkan kematian disebabkan serangan jantung,” katanya selepas melakukan lawatan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.

Beliau mengulas berkenaan hantaran yang tular di media sosial mendakwa seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas menerima vaksin.

Azmi berkata, dakwaan tersebut boleh mengundang kekeliruan dan salah faham kepada orang ramai.

“Orang ramai dinasihatkan untuk semak dahulu pastikan kebenarannya. Jangan teruja mahu menularkan kepada semua dan perkara kontroversi yang kita sendiri tidak pasti jangan sebar, biarlah kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjawabnya dan menjelaskan secara saintifik dan data,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat dakwaan seorang lelaki meninggal dunia sewaktu makan durian selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 namun punca kematiannya disahkan akibat serangan jantung.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading