Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim
KUALA LUMPUR: Celaan terhadap institusi diraja perlu diambil tindakan tegas
oleh pihak berwajib dengan mengambil kira akta hasutan sebelum ianya menjadi
lebih buruk.
Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mempersoal tindakan acuh tak acuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pelbagai celaan yang berlaku di media sosial.
“Apa pihak berkuasa buat? Seperti biasa juga bila dah tertiarap baru terngadah.
“Sepatutnya kita mempunyai sistem preventif dahulu dan SKMM perlu memainkan peranan yang sangat aktif bersama PDRM.
“Tak guna PDRM kata sudah buka kertas siasatan. Ini tidak meyakinkan,”
Jelasnya cercaan terhadap institusi diraja di media sosial dapat menghancurkan
sistem kenegaraan kita sendiri.
“Jadi selagi ada komponen penguatkuasa sebegini, selama itulah sistem diraja kita, sistem anti hasutan kita tidak berkesan sama sekali,” kata Tan Sri Rais.
Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap komen tidak bertanggungjawab
terhadap Tuanku Sultan Muhammad V yang sebahagian besarnya datang dari kaum
Melayu sendiri.
Perkara itu disifatkannya sebagai hilang adab dan budaya sebagai warganegara
apabila rakyat kebanyakan sanggup mengaibkan pucuk tertinggi kepimpinan bangsa
dan negara ini.
Mereka yang mencela institusi diraja boleh dikenakan tindakan mengikut
Seksyen 213 dan Seksyen 211 dalam akta komunikasi selain peruntukan kanun
keseksaan.
AMBIL PENGAJARAN
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Peletakan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong merupakan yang pertama kali terjadi dalam sejarah sistem demokrasi raja berperlembagaan di negara ini sejak 1963.
Tan Sri Rais Yatim berkata, peristiwa itu seharusnya dijadikan pengajaran buat
seluruh rakyat di negara ini.
“Dalam rentetan zaman dari merdeka sehingga kini belum pernah berlaku
seseorang Yang Di-Pertuan Agong meletakkan jawatan.
“Dengan situasi yang sedemikian kita tidak ada pengalaman sebelum ini. Justeru
langkah yang paling afdal pada hemat kita ialah supaya kita meneliti peristiwa
ini sebagai pengajaran perlembagaan dan pengajaran budaya,” kata Tan Sri Rais.
Tambah beliau Perkara 32 dalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan
Agong berhak meletakkan jawatannya dengan syarat baginda perlu menulis surat
sendiri yang dialamatkan kepada Majlis Raja-raja.
Katanya lagi surat itu tidak perlu menyatakan alasan sama ada sebab
kesihatan, kekeluargaan atau lain-lain.
Justeru, peletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V tidak harus mengundang
spekulasi dan menimbulkan suasana curiga dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ini kerana Yang Di-Pertuan Agong sentiasa tertakluk kepada peraturan dan
hemah Majlis Raja-raja yang termaktub dalam perkara 38 Perlembagaan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager