Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CHE GU’ BARD MOHON MAAF, AKUI KELUAR KENYATAAN TIDAK BENAR TERHADAP SMTRACK BERHAD

DALAM NEGARA

CHE GU’ BARD MOHON MAAF, AKUI KELUAR KENYATAAN TIDAK BENAR TERHADAP SMTRACK BERHAD

KUALA LUMPUR: Che Gu’ Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin tampil memohon maaf berhubung dakwaan tidak benar berkenaan kaitan Syarikat Smtrack Berhad di dalam keputusan kerajaan untuk menggantikan sistem tol Smart Tag ke sistem RFID.

Permohonan maaf turut dibuat berkaitan penyataan Syarikat Smtrack Berhad dengan pelantikan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Tan Sri Lee Kim Yew selaku Pemegang Saham Syarikat.

Kenyataan tidak benar itu diterbitkan sebelum ini di laman Facebooknya pada 30 Januari 2022 dan 1 Februari 2022.

“Setelah mendapat penjelasan daripada Syarikat Smtrack Berhad semasa prosiding di mahkamah, saya telah mendapati kenyataan saya adalah tidak benar.

“Sesungguhnya saya menyesali tindakan saya kerana telah mengeluarkan kenyataan kepada umum tanpa usul periksa atau merujuk kepada Syarikat Smtrack Berhad terlebih dahulu,” katanya dalam satu surat yang dimuat naik di Facebook Che GuBard.

Dalam surat yang dikongsi hari ini , Che Gu’ Bard turut bersetuju untuk tidak lagi mengulangi serta menerbitkan semula isu itu kepada umum. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading