Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN TETAP PERTAHAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – PM

DALAM NEGARA

KERAJAAN TETAP PERTAHAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN – PM

Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

“Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 hari ini.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah  Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu. 

Hassan mempersoalkan dasar afirmatif berkenaan yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segolongan elit bumiputera.

KEB 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading