Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CHILE SERTAI TUNTUTAN MAHKAMAH AFRIKA SELATAN TERHADAP ISRAEL DI ICJ

DUNIA

CHILE SERTAI TUNTUTAN MAHKAMAH AFRIKA SELATAN TERHADAP ISRAEL DI ICJ

Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Sumber Gambar: AFP

RAMALLAH: Presiden Chile Gabriel Boric pada Sabtu mengumumkan bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam ucapan kepada Kongres, Boric berkata: “Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

Pada 29 Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, memetik penglibatannya dalam “tindakan genosid” terhadap rakyat Palestin di Gaza, satu langkah yang disokong oleh puluhan negara, menandakan duluan bersejarah dalam konflik Palestin-Israel.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading