KUALA LUMPUR: Satukan Ummah Dengan Ilmu yang menjadi tema saluran TV Islamik tanah air, TV Alhijrah pada tahun 1444 Hijrah melengkapi konsep Membangun Malaysia MADANI, yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia diterjemah melalui pelbagai program di saluran TV berkenaan yang meliputi pelbagai genre, konsep dan persembahan.
Antara program yang diterbitkan adalah program Cinta Ilmu yang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, dengan membawakan tema Islam, Iman dan Ihsan.
Menurut Prinsip Malaysia Madani “Ihsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan.”
Prinsip itu diangkat melalui program Cinta Ilmu – Ihsan bersiaran setiap Rabu jam 7.30 malam dengan mengupas tentang nilai-nilai murni dalam masyarakat, seperti bersangka baik kepada Allah SWT.
Antara topik-topik lain yang dibincangkan adalah Istiqamah dalam Wirid, Perjuangan Tidak Mengubah Takdir, Syukur Nikmat, Tanda Buta Mata Hati, Panduan Bersandar Bulat kepada Rahmat Allah dan Pengertian Penerimaan Doa.
Topik-topik lain yang turut dibincangkan dalam Cinta Ilmu – Ihsan adalah Pahala Taat di Dunia, Bukti Kekuasaan Allah, Pokok Segala Maksiat, Syukur Nikmat dan Tanda Amalan Diterima Allah.
Sementara itu sebuah lagi program mingguan terbitan TV Alhijrah, Mata Hati MADANI telah disiarkan sejak 26 Mac lalu, menampilkan Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad sebagai panel diskusi utama, bersama hos, Abu Talib Husin.
Program ini meneroka dan mengaplikasi formula rahsia kehidupan dan elemen Madani demi memiliki perjalanan hidup yang lebih lancar dan tenang.
“Datuk Profesor Dr. Muhaya yang tersohor sebagai ilmuan dalam bidang perubatan, kaunseling dan motivasi, menjadi inspirasi buat penonton dan program Mata Hati MADANI dilihat menepati tema TV Alhijrah iaitu Satukan Ummah Dengan Ilmu yang melengkapi falsafah Malaysia MADANI yang dirintis Perdana Menteru Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV Alhijrah, Zulkarnaen Mokhtar.
Jelas Zulkarnaen lagi, selain menggerakkan pelbagai inisiatif dan program yang seiring falsafah Malaysia MADANI, TV Alhijrah sebagai salah sebuah agensi agama Islam di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut berperanan menyokong gagasan Al-Falah yang diilhamkan Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
“Program-program berita dan ehwal semasa di TV Alhijrah berperanan menjadi suara kerajaan persekutuan kepada masyarakat dalam memperjelas dasar-dasar, kempen-kempen dan inisiatif yang digerakkan.
“Selain mengupas isu rakyat, kami bawakan juga tetamu undangan di studio untuk program bual bicara bagi memperjelas kefahaman tentang inisiatif, dasar dan aspirasi kerajaan memerintah,” jelas Zulkarnaen.
Selain Berita Alhijrah yang memaparkan liputan-liputan harian program kerajaan dan laporan-laporan khas, program bual bicara seperti Analisis dan 60 Minit Bersama… turut menjadi platform diskusi isu-isu semasa rakyat, merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, alam sekitar, masalah sosial dan sebagainya.
Program 60 Minit Bersama… pada 11 Februari lalu pernah menjemput Pengarah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (Timur dan Asia Tenggara) Datuk Dr Mohamad Fauzan Noordin bagi membincangkan topik Malaysia MADANI: Wadah Kemajuan Negara.
Sementara itu, Pengerusi TV Alhijrah, Mohd Khair Ngadiron berkata, perbincangan bersama pengurusan dan unit kandungan telah dan akan diadakan secara berkala bagi memastikan matlamat TV Alhijrah sebagai sebuah penyiar yang mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah dapat dilaksana, seiring melengkapi enam prinsip Malaysia MADANI iaitu; Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
“Kita di TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk menyediakan kandungan berilmiah serta menyokong dasar-dasar kerajaan melalui program-program bersesuaian.
“Falsafah Malaysia MADANI akan dikembangkan di TV Alhijrah dan kami juga akan memastikan program Al-Falah di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus disebar luaskan,” kata Mohd Khair.
TV Alhijrah boleh ditonton melalui saluran Astro 114, Unifi 114, Njoi 114, MyFreeview 114 dan menerusi aplikasi Alhijrah Plus (AH Plus). – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager