P.PINANG TIADA HALANGAN SOLAT AIDILFITI DI KAWASAN TERBUKA
Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu menganjurkan solat sunat Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka di negeri ini dengan syarat penganjur mesti memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah.
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu menganjurkan solat sunat Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka di negeri ini dengan syarat penganjur mesti memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata malah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga tiada masalah untuk meluluskan permohonan jika terdapat pihak yang mahu menganjurkan solat di dalam dewan.
“Kita ada masjid-masjid yang selesa untuk tunaikan solat hari raya, kalau ada pihak nak anjurkan (solat di tempat lapang) mereka perlu pastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.
“Kemudahan sedia ada di masjid dan surau-surau di negeri ini adalah lebih baik digunakan untuk menunaikan solat hari raya. Lebih baik kalau dianjurkan ditempat-tempat biasa kita gunakan, yang tidak perlu buat lebih persediaan” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung terdapat beberapa negeri seperti Perlis yang menggalakkan solat Hari Raya Aidilfitri untuk dilaksanakan di kawasan lapang.
Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin, yang juga Yang Dipertua MAINPP, berkata ketika ini masih belum terdapat keperluan untuk melaksanakan solat sunat Istisqa susulan cuaca panas yang dijangka berpanjangan sehingga Ogos ini.
Katanya, solat sunat itu selalunya akan laksanakan ketika musim kemarau panjang, pada masa ini masih diperingkat awal musim panas.
Media sebelum ini melaporkan pada awal bulan ini, kapasiti dua empangan di Pulau Pinang iaitu Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam merosot sehingga kira-kira 50 peratus susulan taburan hujan yang rendah di kawasan berkenaan.
Sehingga 13 April lepas, Empangan Air Itam sebelum ini merekodkan 82.5 peratus dan menurun kepada 49.5 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pula daripada 64 peratus kepada 50.7 peratus. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked