KUOTA INTERNET TAMBAHAN PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.
PUTRAJAYA: Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.
Beliau dalam kenyataan berkata inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat adalah Maxis yang menyediakan bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli dan ia sah hingga 15 Mei ini.
CelcomDigi pula menyediakan pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama empat hari, iaitu juga hingga 15 Mei ini.
Unifi Mobile pula memberikan pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.
Umobile menyediakan bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan dan ia sah hingga 31 Mei 2023 manaka YES memberikan bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari, dan ia juga sah hingga 15 Mei.
“Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.
Fahmi berkata usaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat adalah selari dengan konsep Rahmah dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
“Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests