WANITA SEMPAT SELAMATKAN CUCU SEBELUM MAUT DILANGGAR MOTOSIKAL
Seorang wanita pejalan kaki berusia 56 tahun sempat bertindak menyelamatkan cucunya berusia sembilan tahun dengan menolak kanak-kanak itu, sebelum maut selepas dilanggar motosikal dalam kejadian di sini pada pagi tadi.
KOTA KINABALU: Seorang wanita pejalan kaki berusia 56 tahun sempat bertindak menyelamatkan cucunya berusia sembilan tahun dengan menolak kanak-kanak itu, sebelum maut selepas dilanggar motosikal dalam kejadian di sini pada pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Kampung Rampayan di sini turut meragut nyawa penunggang motosikal itu seorang lelaki berusia 46 tahun.
Beliau berkata dalam kejadian tersebut, cucu wanita itu dan pembonceng motosikal wanita berusia 47 tahun terselamat serta hanya mengalami cedera ringan.
“Siasatan awal kejadian, mendapati penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo untuk menghantar pembonceng ke tempat kerja. Apabila sampai di lokasi kejadian, pejalan kaki itu bersama cucunya tiba-tiba melintas, menyebabkan penunggang motosikal tidak dapat mengelak.”
“Sebelum pelanggaran berlaku, pejalan kaki itu sempat menolak cucunya untuk elak dilanggar. Kesan perlanggaran tersebut menyebabkan motosikal itu terbabas ke bahu jalan. Pejalan kaki dan penunggang itu cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu di SANDAKAN, seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Viva dipandunya terbabas masuk ke dalam sebuah lubang pembentungan yang dipenuhi air dianggarkan sedalam 1.5 meter yang dalam proses pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Lintas Utara, Batu 3 pada 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 52 tahun, yang sedang memandu dari Batu 4 ke arah pusat bandar, hilang kawalan kenderaan tersebut dan merempuh beberapa penghadang plastik dan konkrit disediakan pihak kontraktor pembinaan.
“Kenderaan itu terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di bahu jalan. Impak daripada kemalangan itu, pemandu meninggal di lokasi kejadian,” katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)/85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sabah) pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bersama JKR mengepam keluar air untuk memudahkan operasi menyelamat dan menemukan seorang mangsa lelaki di dalam kenderaan tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada 8.57 pagi,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked