Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: EMPAT KLUSTER BAHARU HARI INI

DALAM NEGARA

COVID-19: EMPAT KLUSTER BAHARU HARI INI

PUTRAJAYA: Empat kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini, melibatkan beberapa kawasan di Sabah, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Kupi-Kupi di daerah Penampang, Sabah dikesan pada 2 Disember lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 9 Disember, seramai 12 individu telah disaring dan kesemuanya dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster seterusnya iaitu kluster Tapak Bina Ikon Bintang melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur dengan kes dikesan bermula 9 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja sebuah tapak pembinaan.

Beliau berkata sehingga 9 Disember, 12 kes telah dikesan positif COVID-19 daripada 532 individu yang disaring dalam kluster tersebut.

Kluster ketiga yang melibatkan negeri Johor, Kelantan dan Perak iaitu Kluster Bandar Impian, hanya 9 individu sahaja yang positif daripada 58 individu yang disaring.

Bagi kluster keempat, Kluster Jalan Kemang, daripada 257 individu yang disaring, seramai 19 individu didapati positif.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading