PKPD DI TIGA KAWASAN BENTONG BERMULA ESOK

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di daerah Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 23 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terlibat ialah Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung Semaut, berikutan 55 kes positif COVID-19 direkodkan di mukim tersebut.

“Majoriti (kes) melibatkan pekerja warga asing di lokaliti ini dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ketiga-tiga kawasan ini mempunyai risiko tinggi untuk berlaku penularan lebih ramai kerana kapasiti penduduk yang padat.

“PKPD di ketiga-tiga lokaliti ini akan melibatkan 4,351 penduduk,” katanya pada sidang media perkembangan berkaitan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah akan dilanjutkan selama 14 hari lagi dari 11 hingga 24 Disember ini, atas nasihat dan penilaian risiko KKM.–AlHijrah Online

Leave a Reply