Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAARANI ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR PERAK

DALAM NEGARA

SAARANI ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR PERAK

Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan serta menandatangani watikah pelantikan berlangsung di Balai Istiadat Kecil Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada jam 11 pagi tadi.

Dokumen pelantikan yang ditandatangani oleh Saarani disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim.

Turut berangkat pada istiadat berkenaan, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Dihilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Selain itu, isteri Saarani, Datin Aezer Zubin turut hadir dan mengiringi suaminya ke istiadat tersebut.

Semalam, Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak mendapat perkenan Sultan Nazrin untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu selepas mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN.

Beliau menggantikan bekas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang meletakkan jawatan ekoran kegagalan mendapatkan majoriti dalam usul undi percaya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jumaat lepas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading