KUALA KANGSAR: Tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar Perak dilakukan sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat sebagai kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik untuk mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara itu merupakan sejarah baharu dan akan tercatat sebagai cerminan kegagalan.
“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan. Perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat.
“Setiap ahli Dewan Negeri dipilih rakyat kerana rakyat mempercayai anda. Rakyat meletakkan harapan bahawa anda akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, membantu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka, serta membantu memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka,” titah baginda pada Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah hari ini.
Sultan Nazrin turut bertitah agar ADUN yang dipilih terus membela nasib rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan miskin serta mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik COVID-19 terus dibela.
“Jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu kekuatan.
“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah Sultan Nazrin.
Baginda juga bertitah agar tanggungjawab dan amanah yang dipikul tidak harus sama sekali dipandang ringan atau diringankan.
“Amanah yang telah diserahkan akan dinilai oleh Ilahi pada hari kebangkitan di Mahkamah Rabbuljalil, ketika lidah manusia sudah tidak boleh berdolak-dalik, ketika insan tidak akan ada peguam bela melainkan amal makruf yang sempat dilakukan semasa hayat di dunia.
“Semoga setiap seorang daripada kita, daripada Sultan yang bertakhta di singgahsana pemerintahan hingga kepada setiap rakyat jelata di serata negeri, dilimpahi nur ilahi, menyinarkan panduan ketika memenuhi amanah,” titah baginda.
Dalam pada itu Sultan Nazrin memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memastikan urusan kerajaan negeri tidak terjejas dan kemelut yang dihadapi berjaya ditangani secara bijaksana.
Selepas PRU14 pada 2018, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Perak dilantik Menteri Besar Perak ke-12 sebelum meletak jawatan pada 9 Mac 2020 susulan penjajaran politik.
Ahmad Faizal kemudian dilantik semula menjadi Menteri Besar Perak ke-13 dengan memimpin kerajaan Perikatan Nasional sebelum meletak jawatan sekali lagi pada 5 Disember lalu kerana gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya.
Hari ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang juga ADUN Kota Tampan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 selepas diyakini mendapat sokongan majoriti ADUN. — AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked