Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA DAERAH DI SELANGOR DIBERI KEBENARAN SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT KAPASITI SEBENAR RUANG SOLAT

DALAM NEGARA

TIGA DAERAH DI SELANGOR DIBERI KEBENARAN SOLAT BERJEMAAH MENGIKUT KAPASITI SEBENAR RUANG SOLAT

GAMBAR SEKADAR HIASAN. IHSAN BERNAMA

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat ketetapan baru berhubung aktiviti masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau di keseluruhan Daerah Kuala Selangor, Daerah Sabak Bernam dan Daerah Hulu Selangor.

Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata berdasarkan ketetapan terbaharu itu, semua masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau di tiga daerah tersebut dibenarkan mendirikan solat berjemaah mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter.

“Perlaksanaan solat fardhu Jumaat dan solat fardhu lima waktu adalah dibenarkan kepada semua masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter.

“Kebenaran ini melibatkan 130 buah masjid, 21 Surau Kebenaran Jumaat dan 453 surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya kebenaran kehadiran jemaah solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu ini adalah untuk jemaah warganegara sahaja.

“Bagaimanapun, ketetapan baru ini tidaklah termasuk Mukim Kuala Selangor yang melibatkan satu buah masjid, dua Surau Kebenaran Jumaat dan dua surau berikutan perkembangan terkini penularan di mukim tersebut.

“Arahan khusus telah pun dikeluarkan oleh jabatan ini kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat untuk dikuatkuasakan serta merta,” katanya.

Sementara itu menurut beliau, program pengimarahan seperti kuliah maghrib, kuliah subuh, kuliah dhuha dan bacaan yassin juga turut dibenarkan dengan syarat penceramah yang dijemput adalah dari zon hijau sahaja. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading