Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENYAMAR SEBAGAI POLIS UNTUK CARI JODOH

DALAM NEGARA

MENYAMAR SEBAGAI POLIS UNTUK CARI JODOH

BACHOK: Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun di Kampung Bukit Bator, Bachok kerana disyaki menyamar sebagai inspektor polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisoner (DCP) Shafien Mamat berkata, helah suspek yang berasal dari Sabah itu terbongkar selepas keluarga kenalan lelakinya membuat laporan polis kerana melihat kelakuan suspek yang mencurigakan sepanjang menumpang di kediaman mereka.

“Apabila datang dari Sabah, (suspek) terpaksa kuarantin selama 14 hari di Kelantan. Selepas di kuarantin baru suspek ini pindah ke rumah keluarga lelaki tersebut.

“Daripada seminggu tu baru nampak perbuatan-perbuatan perempuan ini yang agak ganjil yang memberi rasa tidak senang kepada keluarga lelaki tersebut. Itu sebab laporan polis dibuat,” katanya Shafien dalam sidang media hari ini.

Tambah beliau pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek menyamar sebagai inspektor polis untuk mencari jodoh selain menyakinkan keluarga kenalan lelakinya yang juga seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pakaian operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat inspektor menggunakan nama Humairah.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan kes sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Suspek kini direman sehingga sabtu ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading