Tag Archives: PKPD

LELAKI MENGAMUK, SERANG ANGGOTA KESELAMATAN

KUCHING: Gara-gara tidak dapat keluar daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), seorang lelaki naik angin dengan menyerang anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Telaga Air, di sini semalam. Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang berusia 30 tahun menyerang anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang bertugas dengan batang kayu.

Read more

PKPD DI 34 MUKIM DI SELANGOR DITAMATKAN

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini, 16 Julai 2021 tidak akan dllanjutkan. Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. “Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan

Read more

LELAKI LAPOR POLIS DIHALANG KELUAR DARI KAWASAN PKPD UNTUK RAWATAN ISTERI

SENTUL: Polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 30 tahun selepas pengadu mendakwa tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk membawa isterinya mendapatkan rawatan kesihatan. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata lelaki tersebut telah memohon kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang sedang hamil

Read more

KETETAPAN BAHARU SOLAT JUMAAT, SOLAT BERJEMAAH DAN SOLAT SUNAT AIDILADHA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang berkuat kuasa 9 Julai 2021. Melalui ketetapan baharu itu solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan solat jemaah dibenarkan di masjid, surau Jumaat dan surau namun terdapat

Read more

POLIS KESAN PENAGIH DADAH LARI PKPD

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai menyelinap keluar dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata, suspek dipercayai penagih dadah melarikan diri ke kawasan belakang PPR tersebut selepas melepasi kawalan kawat duri yang telah dipasang. Laporan polis telah

Read more

PKPD DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR BERMULA 3 JULAI

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia akan bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021. “Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800

Read more

PKPD: UJIAN SARINGAN BERSASAR UNTUK PENDUDUK SELANGOR DAN KL

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. “Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya. Selain

Read more

PKPD: KILANG BAHAN MAKANAN DAN KEPERLUAN ASAS SAHAJA BEROPERASI

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan hanya kilang dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain kilang dalam sektor tersebut,

Read more

PKPD DI TIGA KAWASAN BENTONG BERMULA ESOK

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di daerah Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 23 Disember ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terlibat ialah Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung Semaut, berikutan 55 kes positif COVID-19 direkodkan di mukim tersebut. “Majoriti (kes) melibatkan pekerja warga asing di

Read more

PKPD DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C, IPOH DILANJUTKAN

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak yang dijadual berakhir esok dilanjutkan. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di kawasan itu dilanjutkan selama 7 hari lagi bermula 4 Disember 2020 sehingga 10 Disember 2020. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 1,793 saringan dan sebanyak

Read more
« Older Entries