Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPD DI 34 MUKIM DI SELANGOR DITAMATKAN

DALAM NEGARA

PKPD DI 34 MUKIM DI SELANGOR DITAMATKAN

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini, 16 Julai 2021 tidak akan dllanjutkan.

Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit,” katanya. 

Melalui penamatan PKPD tersebut, mukim yang terlibat di Selangor akan berada di bawah fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Hampir keseluruhan mukim di Selangor sebelum ini dilaksanakan PKPD selama 14 hari bermula 3 Julai ini sehingga 16 Julai.

Sementara itu penamatan PKPD turut diumumkan hari ini melibatkan Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur & Asrama Pekerja, Kuala Muda, Kedah yang akan tamat pada 17 Julai; Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah (17 Julai; dan Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau, Sabah (17 Julai).

PKPD juga ditamatkan di Kampung Babagon, Penampang, Sabah (17 Julai); Taman Nagasari, Mukim 6, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang(17 Julai); Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan (18 Julai). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading