Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LAPOR POLIS DIHALANG KELUAR DARI KAWASAN PKPD UNTUK RAWATAN ISTERI

DALAM NEGARA

LELAKI LAPOR POLIS DIHALANG KELUAR DARI KAWASAN PKPD UNTUK RAWATAN ISTERI

Sumber Gambar: BERNAMA

SENTUL: Polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 30 tahun selepas pengadu mendakwa tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk membawa isterinya mendapatkan rawatan kesihatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata lelaki tersebut telah memohon kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang sedang hamil pada 6 Julai lalu.

“Lelaki tersebut dinasihatkan anggota polis yang bertugas untuk merujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di kawasan PKPD tersebut dan dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan laporan polis yang dibuat pengadu pada 12 Julai lalu, Eng Lai berkata siasatan yang terperinci dijalankan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak polis.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Ucapan terima kasih diucapkan di atas kerjasama masyarakat dalam usaha membendung jangkitan COVID-19 ini,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading