Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH MENTERI KEKAL MENYOKONG MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

JEMAAH MENTERI KEKAL MENYOKONG MUHYIDDIN

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri membuat keputusan sebulat suara untuk kekal menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan media ahli-ahli Jemaah Menteri, keputusan dibuat dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung pada hari ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

“Keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa Malaysia keluar dari pandemik COVID-19,” kata kenyataan tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading