SUSPEK REMPUH MPV POLIS DIPERCAYAI WARGA TEMPATAN

SUBANG JAYA: Polis telah mengenal pasti pemandu kenderaan yang merempuh kereta peronda polis (MPV) ketika bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, suspek dipercayai warga tempatan.

“Polis menemui kenderaan yang dinaiki suspek di susur Jalan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) Sunway menghala Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu, kira-kira jam 8 malam.

“Setakat ini tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan usaha mengesan suspek masih dijalankan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS BURU PEMANDU REMPUH MPV POLIS

Dalam kejadian 7.25 petang Sabtu lalu, suspek yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran WEK424 bertindak mengundur kereta dengan laju sehingga melanggar MPV polis.

Susulan itu kejadian kejar-mengejar berlaku dan suspek telah melanggar sekali lagi kenderaan polis hingga menyebabkan MPV tersebut rosak teruk dan suspek berjaya melarikan diri. — AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply