Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU PEMANDU REMPUH MPV POLIS

DALAM NEGARA

POLIS BURU PEMANDU REMPUH MPV POLIS

KUALA LUMPUR: Polis memburu pemandu kenderaan yang merempuh sebuah kenderaan peronda polis (MPV) ketika sedang diperiksa di sekitar Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.

Dalam kejadian 7.25 petang semalam, ketika polis sedang melakukan pemeriksaan kenderaan suspek jenis Proton Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran WEK424 telah mengundur dengan laju sehingga melanggar kenderaan MPV.

Susulan itu kejadian kejar-mengejar telah berlaku dan kenderaan suspek berjaya disekat di jalan susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Suspek kemudian sekali lagi mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan MPV untuk kali kedua.

Pelanggaran kedua itu menyebabkan kenderaan MPV rosak teruk di bahagian hadapan dan tidak dapat bergerak yang membolehkan suspek berjaya melarikan diri bersama kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN – SUSPEK REMPUH MPV POLIS DIPERCAYAI WARGA TEMPATAN

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata hebahan telah dibuat untuk mengerakkan semua elemen yang berada di lapangan untuk mengesan dan tangkap suspek.

“Anggota yang terlibat dalam kejadiaan ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh), Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 188 Kanun Keseksaan (mengingkari perintah oleh penjawat awam) dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (memandu secara melulu).

“Siasatan awal, mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek pernah dilaporkan hilang pada 21 Jun 2021 di Batu 9, Cheras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis memohon kerjasama dari orang awam sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut atau kenderaan yang digunakan oleh suspek untuk melaporkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-56210343 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya).

Abd Khalid berkata dentiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SUSPEK REMPUH MPV POLIS DIPERCAYAI WARGA TEMPATAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading