Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ALLAHYARHAM BENJY KHATAM AL-QURAN FEBRUARI LALU

DALAM NEGARA

ALLAHYARHAM BENJY KHATAM AL-QURAN FEBRUARI LALU

KUALA LUMPUR: Pelakon, Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 43, yang meninggal dunia semalam dilaporkan khatam Al-Quran pada 17 Februari lalu.

Perkara itu diketahui selepas tular surat yang difahamkan daripada panitia khatam al-Quran dari Masjid At Taubah Lapas Kelas 1 Medan yang menunjukkan nama Benjy tersenarai.

“Saya minta maaf kerana kami tak pasti berkenaan perkara ini. Arwah abang pun tidak beritahu kami mengenainya. Namun, sekiranya apa yang tular itu benar, saya bersyukur” kata adik Allahyarham, Inessa Irdayanty seperti dilapor Harian Metro.

Allahyarham Benji menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 pagi semalam.

Innesa memaklumkan kakaknya menerima panggilan daripada pihak penjara di Medan memaklumkan berita Benjy tidak dapat bernafas akibat asma.

View Post

“Dia telah cuba dibawa ke hospital di sana tetapi tidak berjaya diselamatkan.

“Benjy telah lama mengalami penyakit kronik asma dan penyakit paru-paru lain, serta telah banyak kali masuk keluar hospital dengan kerap untuk beberapa tahun,” katanya

Menurut Innesa keluarganya telah mengizinkan pihak penjara Medan mengebumian jasad Allahyarham di sana dan urusan pengebumian akan dijalankan hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading