Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH BAPA EBIT LEW SELAMAT DIKEBUMIKAN

DALAM NEGARA

JENAZAH BAPA EBIT LEW SELAMAT DIKEBUMIKAN

Tangkap layar video di Instagram @ebitlew.

KUALA LUMPUR: Jenazah Ibrahim Lew, bapa kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew selamat dikebumikan malam tadi.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram Ebit Lew, beliau sendiri dilihat mengusung keranda, mengimamkan solat jenazah bapanya serta menguruskan urusan pengebumian bapanya di tanah perkuburan sehingga membawa jenazah masuk ke dalam liang lahat.

Dalam hantaran video tersebut, Ebit turut mencatatkan pesanan terakhir bapanya yang mahu beliau teruskan kerja membantu orang lain, berdakwah dan berbuat baik.

“Ya Allah ampuni dan redhalah atasnya. Hadiahkan syurga Firdaus buatnya. Jadikanlah ini semua asbab kebaikan dan hidayah seluruh alam. InsyaAllah nanti kita jumpa dan bersama semula disana,” kata Ebit.

Tangkap layar video di Instagram @ebitlew.
ARTIKEL BERKAITAN – “BAPA PERGI DULU, NANTI EBIT SAMPAI”

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengucapkan takziah kepada Ebit Lew atas kehilangan bapanya.

Zulkifli mengharapkan agar kehilangan tersebut diisi dengan ketabahan dan rasa sanggup menghadapi setiap apa yang berlaku.

“Saya berdoa kepada Allah moga-moga almarhum ayahnda diberi tempat bersama dengan orang-orang soleh,” kata Zulkifli menerusi muat naik video di Instagram beliau.

Semalam, bapa Ebit dilapor meninggal dunia akibat menghidapi penyakit kanser perut pada peringkat terakhir.

Ebit Lew turut memaklumkan jenazah bapanya telah diuruskan di Masjid Bandar Baru Ampang, di sini, sebelum dibawa ke Muadzam Shah, Pahang bagi urusan pengebumian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: “BAPA PERGI DULU, NANTI EBIT SAMPAI” – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading