KUALA LUMPUR: Sebahagian besar mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia akan bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.
“Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.
“Kesemua daerah di Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1 /100,000 penduduk.
“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.
“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Melalui pelaksanaan PKPD, semua laluan kawasan terlibat akan ditutup dan dikawal oleh polis.
Penduduk di dalam kawasan tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
Ismail Sabri berkata tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.
“Hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
“Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
“Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home),” katanya.
Tambah beliau premis jualan makanan, kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai barangan keperluan harian boleh beropeasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Jelas beliau pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau sistem pesanan ringkas (SMS).
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.
“Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya.
• Tanjung 12 (1) • Tanjung 12 (2) • Teluk Panglima Garang • Morib • Bandar • Jugra • Batu
Daerah Klang
Mukim:
• Kapar • Klang
Daerah Kuala Selangor
Mukim:
• Ijok • Bestari Jaya • Jeram
Daerah Hulu Selangor
Mukim:
• Serendah • Rasa • Ulu Yam • Batang Kali
Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:
• Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju • Kampung Padang Balang • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2) • Flat Sri Sabah • Kampung Puah • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas • Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima) • Kampung Batu Muda • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi • Bandar Baru Sentul • Taman Ikan Emas
Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager