Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPD: KILANG BAHAN MAKANAN DAN KEPERLUAN ASAS SAHAJA BEROPERASI

DALAM NEGARA

PKPD: KILANG BAHAN MAKANAN DAN KEPERLUAN ASAS SAHAJA BEROPERASI

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan hanya kilang dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain kilang dalam sektor tersebut, kebenaran bekerja diberikan bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

“Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (​MITI) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Ismail Sabri hari ini mengumumkan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my. — AlHijrah Online – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading