KES BAHARU COVID-19 MENGHAMPIRI ANGKA 7,000 HARI INI

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,988 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi catat kes baharu dengan 2,885 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 988 kes, Negeri Sembilan 692 kes dan Sarawak 544 kes.

Lain-lain negeri antaranya Melaka mencatatkan 311 kes, Johor 270 kes, Kedah 250 kes, Sabah 232 kes, Pahang 195 kes, Pulau Pinang 174 kes dan Perak 149 kes.

Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan 129 kes baharu, Kelantan 108 kes, Terengganu 50 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya 10 kes dan Perlis 1 kes.

Image

LAGI MENYUSUL. — AlHijrah Online

Leave a Reply