Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN PENAGIH DADAH LARI PKPD

DALAM NEGARA

POLIS KESAN PENAGIH DADAH LARI PKPD

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai menyelinap keluar dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata, suspek dipercayai penagih dadah melarikan diri ke kawasan belakang PPR tersebut selepas melepasi kawalan kawat duri yang telah dipasang.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai selepas video kejadian tersebut tular di media sosial, hari ini.

“Polis sudah menjalankan operasi dan sedang mengesan mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya kepada Harian Metro.

Tular sebuah video memaparkan dua orang lelaki meniarap untuk keluar daripada kawat duri yang dipasang di PPR Pantai Ria itu.

PPR Pantai Ria antara lokaliti di Kuala Lumpur yang termasuk dalam pelaksanaan PKPD bermula 1 Julai sehingga 14 Julai.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading